Biografi Abu Bakar As-Siddiq, ra
Nama Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq, ra. adalah tidak asing lagi bagi
sekelian ummat Islam, baik dahulu mahupun sekarang. Dialah manusia yang
dianggap paling teragung dalam sejarah Islam sesudah Rasulullah S.A.W.
Kemuliaan akhlaknya, kemurahan hatinya dalam mengorbankan harta benda dan
kekayaannya, kebijaksanaannya dalam menyelesaikan masalah ummat, ketenangannya
dalam menghadapi kesukaran, kerendahan hatinya ketika berkuasa serta tutur
bahasanya yang lembut lagi menarik adalah sukar dicari bandingannya baik dahulu
mahupun sekarang. Dialah tokoh sahabat terbilang yang paling akrab dan paling
disayangi oleh Rasulullah S.A.W.
Nama sebenar Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq, ra adalah Abdullah Bin Qahafah. Sebelum Islam, beliau adalah seorang saudagar
yang tersangat kaya serta datangnya dan keluarga bangsawan yang sangat
dihormati oleh masyarakat Quraisy. Bahkan sebelum memeluk Islam lagi, Abu Bakar
telah terkenal sebagai seorang pembesar Quraisy yang tinggi akhlaknya dan tidak
pernah minum arak sebagaimana yang lazimnya dilakukan oleh pembesar-pembesar
Quraisy yang lain.
Dan segi umur, Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq, ra. adalah dua tahun lebih muda dan
Rasulullah S.A.W. dan telah menjalin persahabatan yang akrab dengan baginda
Rasul lama sebelum Rasulullah S.A.W. menjadi Rasul. Beliaulah tokoh sahabat
besar yang dianggap paling banyak sekali berkorban harta benda untuk menegakkan
agama Islam di samping Nabi Muhammad S.A.W. Kerana besarnya pengorbanan beliau
itulah Rasulullah S.A.W. pernah mengatakan bahawa Islam telah tegak di atas
harta Siti Khadijah dan pengorbanan Saiyidina Abu Bakar R.A. Adapun gelaran
Al-Siddiq yang diberikan kepadanya itu adalah kerana sikapnya yang selalu
membenarkan apa sahaja kata-kata mahupun perbuatan Nabi Muhammad S.A.W. Dalam
hal ini elok kita petik suatu kisah seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud
yang dicenitakan sendiri kepadanya oleh Saiyidina Abu Bakar, tentang bagaimana
Saiyidina Abu
Bakar As-Siddiq, ra. memeluk
agama Islam.
Kata Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq, ra. ketika menceritakan suatu kisah
mengenai dirinya kepada Ibnu Mas'ud, "Aku pernah mengunjungi seorang tua
di negeri Yaman. Dia rajin membaca kitab-kitab dan mengajar banyak murid. Dia
berkata kepadaku:
"Aku kira tuan datang dari Tanah Haram.
"Benar, “jawabku.
"Aku kira tuan berbangsa Quraisy?”
"Benar,” ujarku lagi.
"Dan apa yang aku lihat, tuan dan keluarga Bani
Taiyim?”
"Benarlah begitu,” tambahku selanjutnya.
Orang tua itu terus menyambung, katanya, "Ada
satu lagi hal yang hendak aku tanyakan dari tuan, iaitu tentang diri tuan
sendiri. Apakah tak keberatan jika aku lihat perutmu?
Maka pada ketika itu aku pun berkata, "Aku
keberatan hendak memperlihatkan selagi tuan tidak nyatakan kepadaku perkara
yang sebenarnya.
Maka ujar orang tua itu, "Aku sebenarnya melihat
dalam ilmuku yang benar bahawa seorang Nabi Allah akan diutus di Tanah Haram.
Nabi itu akan dibantu oleh dua onang sahabatnya, yang seorang masih muda dan
seorang lagi sudah separoh umur. Sahabatnya yang muda itu berani berjuang dalam
segenap lapangan dan menjadi pelindungnya dalam sebarang kesusahan. Sementara
yang separoh umur itu putih kulitnya dan berbadan kurus, ada tahi lalat di
perutnya dan ada suatu tanda di paha kirinya. Apalah salahnya kalau tuan
perlihatkan kepadaku.
Maka sesudah dia berkata itu aku pun membuka pakaianku
lalu orang tua itu pun melihatlah tahi lalat hitam di atas bahagian pusatku
seraya berkata, "Demi Tuhan yang menguasai Kaabah, tuanlah orangnya itu!
Kemudian orang tua itu pun memberi sedikit nasihat
kepadaku. Aku tinggal di Yaman untuk beberapa waktu kenana mengurusi
perniagaanku dan sebelum meninggalkan negeri itu aku sekali lagi pergi menemui
orang tua tersebut untuk mengucapkan selamat tinggal kepadanya. Kemudian dia
lalu bertanya, "Bolehkah tuan menyampaikan beberapa rangkap syairku?
"Boleh sahaja, “jawabku.
Setelah itu aku pun membawa pulang syair-syair itu ke
Mekah. Setibanya aku di Mekah, para pemuda bergegas datang menemuiku seraya
berkata, "Adakah engkau tahu yang sudah terjadi? Maka ujarku pula,
"Apakah yang terjadi itu?
Jawab mereka, "Si yatim Abu Talib kini mengaku
menjadi Nabi! Kalaulah tidak mengingat engkau hai Abu Bakar, sudah lama kami
selesaikan dia. Engkaulah satu-satunya yang kami harapkan untuk
menyelesaikannya.
Kemudian aku pun meminta mereka pulang dahulu
sementara aku sendiri pergi menemui Muhammad. Setelah menemuinya aku pun
mengatakan, "Wahai Muhammad, tuan telah mencemarkan kedudukan keluarga tüan
dan aku mendapat tahu tuan terang-terang telah menyeleweng dari kepercayaan
nenek moyang kita.
Maka ujar baginda, "Bahawa aku adalah Pesuruh
Allah yang diutuskan untukmu dan untuk sekelian ummat!
Aku pun bertanya kepada baginda, "Apa buktinya?
Jawabnya, "Orang tua yang engkau temui di Yaman
tempoh hari.
Aku menambah lagi, "Orang tua yang mana satukah
yang tuan maksudkan kerana ramai orang tua yang aku temui di Yaman itu?
Baginda menyambung, "Orang tua yang mengirimkan
untaian syair kepada engkau!
Aku terkejut mendengarkannya lalu bertanya,
"Siapakah yang telah memberitahu tuan, wahai sahabatku?
Maka ujar baginda, "Malaikat yang pernah menemui
Nabi-nabi sebelumku.
Akhirnya aku berkata, "Hulurkan tangan tuan,
bahawa dengan sesungguhnya aku naik saksi tiada Tuhan yang kusembah melainkan
Allah, dan tuan (Muhammad) sebenarnya Pesuruh Allah.
Demikianlah kisah indah yang meriwayatkan bagaimana
Islamnya Saiyidina Abu
Bakar As-Siddiq, ra. Dan memanglah
menurut riwayat beliau merupakan lelaki yang pertama yang beriman kepada
Rasulullah S.A.W.
Keislaman Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq, ra. telah membawa penganuh besar di
kalangan kaum bangsawan Quraisy kerana dari pengaruh keislamannya itulah maka
beberapa orang pemuda bangsawan Quraisy seperti Saiyidina Uthman Bin Affan,
Abdul Rahman Bin Auf, dan Saad Bin Waqqas menuruti jejak langkahnya. Semenjak
beliau memeluk Islam, Saiyidina Abu
Bakar As-Siddiq, ra telah
menjadi pembela Islam yang paling utama serta seorang sahabat yang paling akrab
serta paling dicintai oleh Rasulullah S.A.W. Sebagai memperlihatkan kecintaan
baginda terhadap Saiyidina Abu
Bakar As-Siddiq, ra., dapat
kita ketahui dan satu dialog yang terjadi antara baginda Rasul dengan Amru Bin
Al As. Amru seorang sahabat Rasulullah S.A.W. pernah suatu hari menanyakan
Rasul, "Siapakah di antara manusia yang paling tuan sayangi? Baginda
menjawab, "Siti Aisyah, dan kalau laki-laki adalah bapanya.
Selain daripada itu Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq, ra. adalah seonang sahabat yang
terkenal kerana keteguhan imannya, cendas akal, tinggi akhlak, lemah lembut dan
penyantun. Rasulullah S.A.W. pernah menyanjungi sahabatnya itu dengan sabdanya,
"Jika ditimbang iman Abu Bakar Al-Siddiq dengan iman sekelian ummat maka
berat lagi iman Abu Bakar. Demikian teguhnya iman Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq, ra. demi apakala kita memperhatikan
pengertian yang terkandung pada sabda Rasulullah S.A.W. mengenai dirinya itu.
Gelaran AlSiddiq yang dibenikan orang terhadap diri Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq, ra. adalah lantaran memandang sikap
serta pendiriannya yang teguh dalam membenarkan serta membela diri Rasulullah
S.A.W. Andainya sekelian ummat manusia akan mendustakan Muhammad S.A.W. Abu Bakar As-Siddiq, ra. akan pasti pula tampil dengan
penuh keyakinan untuk membelanya.
Tidak beberapa lama setelah memeluk
agama Islam, Saiyidina Abu
Bakar As-Siddiq, ra yang
terkenal sebagai saudagar yang kaya itu telah meninggalkan perdagangannya dan
meninggalkan semua usaha peribadi lain-lainnya lalu menyerahkan segenap
kekayaan dan jiwa raganya untuk melakukan penjuangan menegakkan Islam bersama
Nabi Muhammad S.A.W. sehingga oleh kerana kegiatannya maka Agama Islam mendapat
kemegahan dengan Islamnya beberapa pemuda Quraisy yang lain seperti yang telah
disebutkan itu. Beliau telah mengorbankan seluruh hanta bendanya untuk menebus
orang-orang yang ditawan, orang-orang yang ditangkap atau disiksa. Selain
danpada itu beliau juga telah membeli hamba-hamba yang kemudian
dimerdekakannya. Salah seorang hamba yang dibelinya lalu kemudian dibebaskan
yang paling terkenal dalam sejarah ialah Bilal Bin Rabah.
Tatkala Nabi Muhammad selesai
melakukan Isra' dan Mikraj segolongan orang yang kurang mempercayai apa yang
telah dikhabarkan Rasulullah S.A.W. telah pergi menemui Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq, ra. untuk mendengarkan apa pendapatnya
tentang dakwaan Muhammad S.A.W. itu. Tujuan kedatangan mereka mendapatkan Abu Bakar As-Siddiq, ra tidak lain dengan prasangka
tentunya Abu Bakar R.A. kali ini akan mendustakan kisah yang tidak masuk akal
pada fikiran mereka itu. Setelah pertanyaan itu disampaikan kepada Abu Bakar As-Siddiq, ra lalu beliau pun berkata,
"Adakah Muhammad berkata begitu? Sahut mereka, "Benar! Maka ujar
Saiyidina Abu Bakar R.A. "Jika Muhammad berkata begitu maka sungguh
benarlah apa yang diceritakan itu. Lalu mereka pun terus menyambung, "Engkau
percaya hai Abu Bakar bahawa Muhammad sampai ke tanah Syam lebih sebulan
perjalanan pulang, di malam semalam tadi? Maka sahut Abu Bakar sungguh-sungguh,
"Benar! Aku percaya! Malah lebih dari itu aku percaya kepadanya. Aku
percaya akan berita dari langit yg diberitakannya baik pada waktu siang mahupun
di waktu malam! Demikian hebatnya sambutan sahabat yang paling utama itu.
Kerana tegas dan teguhnya iman beliau terhadap agama yang dibawa oleh Muhammad
dan terhadap apa yang dikhabarkan oleh baginda maka beliau telah diberi oleh
Rasulullah S.A.W. dengan gelaran Al-Siddiq, entinya yang benar.
Dan memanglah tidak menghairankan
sekali sikap Abu Bakar itu. Beliau telah kenal akan Muhammad S.A.W. bukan
sehari dua, melainkan sudah boleh dikatakan seumur manusia. Beliau tahu bahawa
sahabatnya itu berkata benar, tak pernah bohong; orang amin. Mustahil baginda
akan khianat kepada pengikutnya yang pencaya kepadanya. Beliau mengimani
sahabatnya itu Pesuruh Allah Yang Maha Kuasa, menerima wahyu danipada Tuhannya.
Beliau sudah bertahun-tahun mengikutkan petunjuk yang diwahyukan oleh Allah
kepada sahabatnya itu maka telah teguhlah iman dalam hatinya.
Tatkala keadaan kekejaman
orang-orang musynikin Quraisy terhadap kaum Muslimin yang sedikit jumlahnya di
Mekah semakin hebat dan membahayakan, Nabi Muhammad S.A.W. telah mengadakan
permusyuaratan di rumah Saiyidina Abu
Bakar As-Siddiq, ra. untuk
mencari jalan keluar daripada kesulitan yang sedang dihadapi oleh pihak kaum
Muslimin. Ketika itulah Rasulullah S.A.W. menjelaskan kepada Saiyidina Abu
Bakar R.A. bahawa Allah S.W.T. telah memerintahkan baginda supaya melakukan
hijrah ke Madinah serta meminta Saiyidina Abu Bakar R.A. supaya menemaninya
dalam peristiwa hijrah tersebut. Dengan perasaan gembira tanpa sedikit
kebimbanganpun Saiyidina Abu
Bakar As-Siddiq, ra menyambut
permintaan Rasulullah S.A.W.
Dari pintu belakang rumah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq, ra. Rasulullah S.A.W. bersama-sama
Saiyidina Abu Bakar menuju ke Gunung Tsaur dan bersembunyi di gua yang diberi
nama Gua Tsaur. Pada saat suasana amat kritis, Saiyidina Abu Bakar R.A.
diserang rasa kegelisahan dan cemas kerana khuatir kalau-kalau musuh dapat
mengetahui di mana Rasulullah sedang bensembunyi, maka pada saat itu turun ayat
suci Al Quran dari Surah Taubah yang isinya memuji Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq, ra, sebagai orang kedua sesudah Nabi
s,a.w. dalam Gua Tsaur. Dalam pada itu Rasulullah S.A.W. pun mengerti akan
situasi dan kegelisahan sahabatnya itu yang oleh kerananya Rasul berkata,
"Apakah yang menggelisahkanmu, bukankah Allah menemani kita?
Kemudian Rasulullah S.A.W.,
diriwayatkan berkata selanjutnya untuk menghilangkan kebimbangan Saiyidina Abu
Bakar, "Kiranya mereka masuk juga ke dalam gua ini kita masih dapat
melepaskan diri dari pintu belakang itu, ujar Rasul sambil menunjukkan ke belakang
mereka. Saiyidina Abu Bakar R.A. pun menoleh ke belakang. Betapa terkejutnya
beliau bila dilihatnya pintu belakang yang ditunjuk oleh Rasul itu, padahal
pintu tersebut tadinya tidak ada sama sekali. Sebenarnya kebimbangan Abu Bakar
R.A. tatkala di dalam gua itu bukanlah kerana takutkan nyawanya akan diragut
oleh pihak musuh tetapi yang lebih dibimbangkannya ialah keselamatan jiwa
baginda Rasul. Beliau pernah berkata, "Yang saya bimbangkan bukanlah
mengenai diri saya sendiri, kalau saya terbunuh, yang tewas hanyalah seorang
manusia biasa. Tapi andaikata tuan sendiri dapat dibunuhnya maka yang akan
hancur ialah satu cita-cita yang suci murni. Yang akan runtuh ialah keadilan
dan yang akan tegak pula ialah kezaliman.
Ucapan antara dua orang sahabat
tatkala dalam gua itu ada tersebut dalam Al Quran dalam Surah At-Taubah ayat
40: "Kalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) ketika dia diusir oleh
orang-orang kafir (dan kampung halamannya), dalam keadaan berdua orang sahaja
di dalam suatu gua, Di kala itu dia (Muhammad) berkata kepada sahabat karibnya
(Abu Bakar): Jangan engkau berdukacita; sesungguhnya Tuhan bersama kita. Tuhan
menurunkan ketenanganNya kepadanya, dan dikuatkannya dengan tentera yang tidak
kamu lihat. Dan Tuhan menjadikan perkataan orang yang kafir itu paling rendah
dan perkataan Tuhan itu yang amat tinggi. Dan Tuhan Maha Kuasa dan Bijaksana.
Demikian satu lagi keistimewaan
Saiyidina Abu Bakar AL Siddiq sebagai seorang sahabat yang sama-sama mengalami
kesukaran dan kepahitan bersama-sama Rasulullah dalam menyampaikan seruan
Islam. Saiyidina Abu
Bakar As-Siddiq, ra. tidak
bercerai jauh dengan baginda Rasul sepanjang hidupnya dan menyertai semua
peperangan yang dihadapi oleh baginda. Beliau bukan sahaja berjuang menegakkan
Agama Islam dengan segenap jiwa raganya bahkan juga dengan harta kekayaannya.
Sungguh beliaulah yang paling banyak sekali berkorban harta untuk menegakkan
Agama Islam. Bahkan seluruh kekayaannya telah habis dipergunakannya untuk
kepentingan penjuangan menegakkan kalimah Allah. Di kalangan para sahabat
beliaulah tergolong orang yang paling murah hati dan dermawan sekali.
Dalam Perang Tabuk misalnya,
Rasulullah S.A.W. telah meminta kepada sekelian kaum Muslimin agar mengorbankan
hartanya pada jalan Allah. Tiba-tiba datanglah Saiyidina Abu Bakar R.A. membawa
seluruh harta bendanya lalu meletakkannya di antara dua tangan baginda Rasul.
Melihat banyaknya harta yang dibawa oleh Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq, ra, bagi tujuan jihad itu maka
Rasulullah S.A.W. menjadi terkejut lalu berkata kepadanya:
"Hal sahabatku yang budiman, kalau sudah semua
harta bendamu kau korbankan apa lagi yang akan engkau tinggalkan buat anak-anak
dan isterimu?
Pertanyaan Rasulullah S.A.W. itu dijawab oleh
Saiyidina Abu
Bakar As-Siddiq, ra dengan
tenang sambil tersenyum, ujarnya. "Saya tinggalkan buat mereka Allah dan
RasulNya.
Demikianlah kehebatan jiwa Saiyidina
Abu Bakar
As-Siddiq, ra, suatu
contoh kemurahan hati yang memang tidak dijumpai bandingannya di dunia.
Memandangkan besarnya pengorbanan beliau terhadap Islam maka wajarlah kalau
Rasulullah bersabda bahawa tegaknya Agama Islam itu adalah lantaran hanta benda
Siti Khadijah dan juga Saiyidina Abu
Bakar As-Siddiq, ra. Tepatlah
juga tatkala baginda bersabda bahawa kiranya iman seluruh ummat ditimbang
bersama iman Saiyidina Abu Bakar R.A. maka berat lagi iman Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq, ra. Beliau memang manusia luar biasa
kebesarannya yang telah ditakdirkan oleh Allah S.W.T. untuk menjadi teman akrab
Rasulullah s.a.w
Pada suatu ketika di saat Rasulullah
membaca khutbah yang antara lain menyatakan bahawa kepada seseorang hamba Allah
ditawarkan untuk memilih dunia dan memilih ganjaran yang tersedia di sisi
Allah, dan hamba Allah tersebut tidak akan memilih dunia, melainkan memilih apa
yang tersedia di sisi Tuhan... Maka ketika meñdengar khutbah Nabi demikian itu
Saiyidina Abu
Bakar As-Siddiq, ra lalu
menangis tersedu-sedu, kenana sedih dan terharu sebab beliau mendengar dan
mengerti bahawa yang dimaksud dalam isi khutbah tersebut ialah bahawa umur
kehidupan Rasul di dunia ini sudah hampir berakhir. Demikian kelebihan Saiyidina
Abu Bakar
As-Siddiq, ra. di-
banding dengan para sahabat yang lain kerana beliaulah yang mengetahui bahawa
umur Rasul hampir dekat.
Keunggulan beliau dapat dilihat
dengan jelas selepas wafatnya Rasulullah S.A.W. di kala mana ummat Islam
hampir-hampir menjadi panik serta tidak percaya kepada kewafatannya. Bahkan
sahabat besar Saiyidina Umar Al Khattab sendiri telah diselubungi kekacauan
fikiran dan tampil ke muka umum sambil mencabar dan mengugut sesiapa sahaja
yang berani mengatakan baginda telah wafat. Ujar Umar r.a., "Rasulullah
tidak wafat, dia hanya pergi menghadap Allah sahaja seperti perginya Nabi Musa
yang telah menghilangkan diri dan kaumnya selama empat puluh hari, kemudian
pulang semula kepada kaumnya setelah diheboh-hebohkan wafatnya.
Ketika kegawatan itu berlaku
Saiyidina Abu Bakar sedang berada di suatu kampung Al-Sunnah. Tatkala berita
kewafatan Rasulullah itu sampai kepadanya, beliau dengan segera menuju ke
Madinah. Di sana beliau dapati ramai orang sedang benkumpul mendengarkan pidato
Saiyidina Umar Al Khattab tadi. Tanpa lengah-lengah lagi Saiyidina Abu Bakar
terus ke rumah puterinya Siti Aisyah dan di sanalah beliau dapati tubuh
Rasulullah S.A.W. terbujur di satu sudut rumah. Beliau lantas membuka wajah
Rasulullah dan mengucupkannya, sambil benkata, "Wahai, betapa cantiknya
engkau ketika hidup dan betapa cantiknya engkau ketika mati! Kemudian beliau
pun keluar mendapatkan orang ramai yang sedang dalam panik itu lalu berkata
dengan nada yang keras:
"Wahai kaum Muslimin! Barang siapa yang menyembah
Muhammad, maka Muhammad telah mati. Tetapi barang siapa yang menyembah Allah
maka Allah selama-lamanya hidup tidak mati. Seraya menyambung membacakan
sepotong ayat dari Al Qur'an:
"Muhammad itu tidak lebih dari seorang rasul
seperti rasul-rasul yang terdahulu darinya. Jika ia mati atau terbunuh patutkah
kamu berundur ke belakang. Sesiapa yang surut ke belakang, dia tidak akan
membahayai Allah sedikit pun dan sesungguhnya Allah akan memberi ganjaran
kepada orang-orang yang bersyukur.
Sejurus sahaja mendengar ayat itu,
Saiyidina Umar Al Khattab pun terus rebah hingga barulah beliau dan orang ramai
Islam yang telah mendengar pidatonya tadi mendapat kepastian bahawa Rasulullah
sudah wafat. Kaum Muslimin tentunya telah pernah dengar ayat ini sebelumnya,
kerana ayat itu telah turun semasa peperangan Uhud, ketika Rasulullah S.A.W.
telah diberitakan mati terkorban dan menyebabkan banyak pejuang-pejuang Islam
berundur ke Madinah. Tetapi mereka tidaklah memahami maksud ayat ini seperti
yang difahami oleh Saiyidina Abu
Bakar As-Siddiq, ra. Ini jelas
membuktikan kecerdasan Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq dalam memahami Islam.
Ketika Rasulullah S.A.W. wafat,
baginda memang tidak meninggalkan pesan tentang siapa yang patut menggantikan
baginda sebagai Khalifah ummat Islam. Tetapi setelah lama berbincang kaum
Muslimin dengan suara ramai memilih Saiydina Abu Bakar As-Siddiq, ra sebagai Khalifah setelah namanya
itu dicalunkan oleh Saiyidina Umar Ibnul Khattab R.A. Pemilihan ini tentulah
tepat sekali kerana pada pandangan kaum Muslimin memang beliaulah yang paling
layak sekali memegang kedudukan itu memandangkan kelebihan-kelebihannya dari
para sahabat yang lain. Apatah lagi beliaulah yang pernah ditunjuk oleh baginda
Rasul semasa hayatnya untuk menggantikan baginda sebagai imam sembahyang tatkala
baginda sedang uzur.
Setelah dipilih oleh sebahagian
besar ummat ketika itu Saiyidina Abu
Bakar As-Siddiq, ra pun
memberikan ucapannya yang terkenal yang antara lainnya baginda berkata:
"Wahai sekelian ummat! Aku telah dipilih menjadi
pemimpin kamu padahal aku ini bukanlah orang yang terbaik di antara kamu. Sebab
itu jika pemerintahanku baik, maka sokonglah, tetapi jika tiada baik, maka
perbaikilah. Orang yang lemah di antara kamu adalah kuat pada sisiku hingga aku
harus menolongnya mendapatkan haknya, sedang orang yang kuat di antara kamu
adalah lemah pada sisiku, hingga aku harus mengambil hak orang lain yang berada
di sisi nya, untuk dikembalikan kepada yang berhak semula. Patuhilah kepadaku
selama aku patuh kepada Allah dan RasulNya. Akan tetapi jika aku mendurhakai
Allah, maka kamu sekelian tak harus lagi patuh kepadaku.
Aku dipilih untuk memimpin urusan
ini padahal aku enggan menerimanya. Demi Allah aku ingin benar kalau ada di
antaramu orang yang cekap untuk urusan ini. Ketahuilah jika kamu meminta kepadaku
agar aku berbuat sebagai yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. sungguh
aku tidak dapat memperkenankannya, Rasulullah adalah seorang hamba Allah yang
dapat kurnia wahyu dari Tuhan, kerana itu baginda terpelihara dari
kesalahan-kesalahan, sedang aku ini hanyalah manusia biasa yang tidak ada
kelebihannya dari seorangpun juga di antara kamu.
Ini adalah satu pembaharuan dalam
pemerintahan yang belum pernah dikenali oleh rakyat jelata kerajaan Rome dan
Parsi yang memerintah dunia barat dan timur ketika itu. Baginda telah mematuhi
manifesto politiknya. Baginda hidup seperti rakyat biasa dan sangat tidak suka
didewa-dewakan. Adalah diriwayatkan bahawa pada satu masa ada orang
memanggilnya, "Ya Khalifah Allah! Baginda dengan segera memintas cakap orang
itu dengan katanya:
"Saya bukan Khalifah Allah, saya hanya Khalifah
RasulNya!
Adalah diriwayatkan bahawa pada
keesokan harinya iaitu sehari setelah baginda terpilih sebagai Khalifah,
Saiyidina Abu
Bakar As-Siddiq, ra. kelihatan
membawa barang perniagaannya ke pasar. Beberapa orang yang melihat itu lalu
mendekati baginda, di antaranya Abu Ubaidah Bin Janrah. Sahabat besar itu
mendekati baginda seraya berkata, "Urusan Khalifah itu tidak boleh
dicampuri dengan berniaga! Lalu Abu Bakar R.A. bertanya, "Jadi dengan
apakah aku hidup, dan bagaimana aku membelanjai rumah tanggaku? Demikian
sedihnya nasib yang menimpa Saiyidina Abu
Bakar As-Siddiq, ra. sebab
walaupun kedudukannya sebagai Kepala Negara namun belum ada lagi ketetapan
untuk bagi seseorang kepala pemenintah Islam memperolehi gaji dari harta
kerajaan.
Keadaan ini mendapat perhatian dari
para sahabat lalu mereka menentukan tunjangan secukupnya buat baginda dan buat
keluarga baginda yang diambil dari Baitul Mal. Kemudian itu baharulah Khalifah
Abu Bakar meninggalkan usaha perniagaannya kerana hendak memusatkan seluruh
tenaganya untuk mengembangkan agama Islam dan menjalankan tanggungjawabnya
sebagai seorang Khalifah. Semasa hertugas sebagai Khalifah ummat Islam baginda
hanya menerima peruntukan sebanyak enam ribu dirham sahaja setahun iaitu
kira-kira lebih kurang 1,200 dolar sahaja setahun. Peruntukan itu tidak
dibelanjakannya untuk keperluan dirinya malahan sebelum wafatnya baginda telah
memerntahkan supaya pendapatannya itu diserahkan kembali kepada Baitul Mal.
Kebijaksanaan Abu Bakar As-Siddiq, ra. juga ternyata dalam polisinya
menyamakan pemberian elaun kepada orang-orang yang berhak agar mereka tidak
dipisahkan oleh jurang-jurang perbezaan yang jauh agar tidak lahir satu
golongan yang mendapat kedudukan yang lebih istimewa dan golongan-golongan yang
lain. Sedangkan baginda sendiri hanya mengambil sekadar keperluan-keperluan
asasi buat diri dan keluarganya.
Sebelum baginda wafat, kepada
Saiyidina Umar Al Khattab baginda telah mewasiatkan agar jangan menghiraukan
jenazahnya nanti bila baginda pulang ke rahmatullah, melainkan haruslah dia
segera mengirim bala tentera ke Iraq untuk membantu Al Muthanna yang sedang
bertempur di Iraq itu. Saiyidina Abu Bakar R.A. tidak lupa mengingatkan
Saiyidina Umar R.A. apa yang dikerjakannya di waktu Rasulullah wafat dan
bagaimana cintanya kepada Rasul dan perhatiannya kepada jenazah baginda yang
suci itu tidak mengabaikannya dan melaksanakan kewajipan biarpun yang demikian
itu amat berat bagi jiwanya. Dengarlah antara lain kata-katanya kepada Umar
Ibnul Khattab R.A.:
"Dengarlah hai Umar! Apa yang akan kukatakan ini
dan laksanakanlah. Aku mengharap akan kembali ke hadrat Allah hari ini sebab
itu sebelum matahari terbit pada esok hari engkau hendaknya telah mengirim bala
hantuan kepada Al Muthanna. Janganlah hendaknya sesuatu bencana bagaimana pun
besarnya dapat melupakan kamu dan urusan agama dan wasiat Tuhan. Engkau telah
melihat apa yang telah ku lakukan tatkala Rasulullah wafat sedang wafatnya
Rasulullah itu adalah satu bencana yang belum pernah manusia ditimpa bencana
yang sebesar itu. Demi Allah, andaikata di waktu itu aku melalaikan perintah
Allah dan RasulNya, tentu kita telah jatuh dan mendapat siksaan Allah, dan
pasti pula kota Madinah ini telah jadi lautan api.
Dalam masa pemerintahannya yang
singkat Saiyidina Abu
Bakar As-Siddiq, ra yang
memerintah hanya dalam masa dua tahun sahaja itu telah meletakkan asas
pembangunan sebuah pemenintahan Islam yang teguh dan kuat setelah berjaya
mengatasi berbagai macam masalah dalam negeri dengan segala kebijaksanaan dan
kewibawaannya. Baginda telah memenuhi segenap janji-janjinya dan dalam masa dua
tahun pemerintahannya itu telah terbentuk rantai sejarah Islam yang merupakan
lembaran-lembaran yang abadi.
Sungguh kehidupan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq, ra adalah penuh dengan nasihat, penuh
dengan ajaran serta kenang-kenangan yang indah mulia. Selama dua tahun
pemerintahannya itu baginda telah berjaya menyusun tiang-tiang pokok dan
kekuatan Islam. Baginda telah membangunkan kekuatan-kekuatan yang penting bagi
memelihara kepercayaan kaum Muslimin dan bagi memelihara keagungan Agama Islam.
Bahkan baginda telah mengakhiri riwayat pemerintahan yang dipimpinnya dengan
menundukkan sebahagian daripada negeri Syam dan sebahagian daripada negeri
Iraq, lalu pulang ke rahmatullah dengan dada yang lapang, ketika umur baginda
menginjak 63 tahun. Baginda dikebumikan di samping makam Rasulullah S.A.W. di
Masjid Madinah. Semoga riwayat serta penjuangan baginda menjadi contoh ibadat
yang murni bagi sekelian kaum Muslimin.
Demikian salah satu kisah sahabat rasul yang
senantiasa mendampingi semasa beliau hidup, semoga bermamfaat.
Biografi Abu
Bakar As-Siddiq, ra
Sumber : http://www.islam2u.net
Label:
Islam Dunia,
Tokoh
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Blog Archive
- 2013 (4)
-
2012
(20)
- Oktober(2)
- September(3)
-
Agustus(13)
- Bisnis Online di Kumpul Blogger
- Anggaran Dasar (AD) Gerakan Pramuka Hasil Munaslub...
- Dia Jodohku
- Bukan Hatinya Tidak Pernah Sedih
- Aku Bukan Hamba Ramadhan
- Seorang Wanita dan Tukang Besi
- Cinta yang tak pernah terbayar
- Malam Pertama Dengan Bidadari Surgaku
- Biografi Abu Bakar As-Siddiq, ra
- Biografi Nabi Muhammad SAW
- Pengertian Penelitian Tindakan Kelas
- Membuat List Pada Excel
- Puasa Bulan Ramadhan
- Juli(2)
Diberdayakan oleh Blogger.
0 komentar:
Posting Komentar
Silahkan tinggalkan jejak dengan mengomentari postingan di atas, untuk mensuport. Terima kasih atas kunjungannya.